Tuesday, July 29, 2008

my second day in Asmech

salam semua..
smalam my first day kat company baru.
Asmech Teknologi Sdn Bhd.
so far, okay...

hari ni baru berkesempatan nak update blog.
maklum lar banyak benda baru nak belajar..

pagi tadi aku rasa boring sungguh..
maklum, keje di luar bidang aku..
nyway, aku kuatkan semangat jugak..
huhuhuu...
after lunch, aku dah mula busy sikit...
ok lar.. banyak perkara baru yg aku belajar kat sini.
dan aku dah mula nak serasi... mcm dah best plak..

malam tadi Han's dah mula batuk2...
uhuk..uhuk...
cian anak mama...
mlm ni nak bawak dia gi klinik Rosiyati..
mudah2an batuk dia cepat baik...
amin..

aku tgh layan blues ni...
tunggu hubby tak sampai2.
tadi dia sms katanya balik lewat skit...
aku kerling jam dah pukul 6.37 ooo...
office hour aku 8.00am-5.40pm je...

tadi bos kecik aku suoh aku distribute memo
start August office hour kami 8.00am-5.50pm
Jumaat lunch hour 1.00pm-2.30pm.
seronok tu...
Sabtu dok umah lar.. tak keje.
(budak chosen, hrp jgn jeles ek)
layannnn.......

Monday, July 21, 2008

party farewell aku kat chosen (21.07.2008)

dari kiri : Janice, Maggie, N, Serene, Ivy
Berdiri : Halipah, Maimon, Uma, Idayu, Chang, Shikin, Zana, Zea.
Duduk : Hafidah, Izzati, N, Balkis, Anita, Janice.

Handbag & Jam Tangan present utk aku....


Very sweet watch...



thank's to all of my dearest friend...
sbb majlis makan2 dan hadiah yg u all bg...
korang mmg best, aku pasti takkan lupa kenangan terindah ni....
huhuhuhu....

Friday, July 18, 2008

cuti-cuti malaysia 09.02.2008

kat dalam Eye on Malaysia, Kuala Lumpur
kat Suria KLCC


Kat Dewan Philharmonik, KLCC



my KLCC, Malaysia !!

cuti-cuti malaysia 08.02.2008

Cameron Highland Tea Shop
Souvernier Shop, Cameron Highland

Strawbery shop, Cameron Highland


Strawbery farm, Cameron Highland




Tea Farm, Cameron Highland



Sweet foto is it? hehehe....







Bee Farm, Cameron Highland




cuti-cuti malaysia 07.02.2008

Tandas ekslusif, Terengganu
mmg bersih dan cantik, mcm toilet hotel.
Taman Tamadun Islam, Terengganu
bergambar dgn roket...

Pantai Batu Buruk, Terengganu


Masjid Terapung, Terengganu



Masjid Terapung, Terengganu




Masjid Kristal, Terengganu






Istana Maziah, Terengganu






Angkasawan No1 Malaysia, TTI Terengganu






my weeding day in memories









Mudah-mudahan Allah panjangkan jodoh kami hingga akhir hayat.
Amin.........

Wednesday, July 16, 2008

kakakku


satu-satunya kakak aku yg still available - single. namun aku tak pasti hatinya dah dimiliki ke belum. masa dia kat university al-azhar dulu kami mmg rapat gila. sering berhubung lalu internet. bila aku dah kawin, komitmen lebih pd famili hubby aku.. kakak aku pun busy ngan keje dia as pegawai agama kat Majlis Sukan Negara bukit jalil.
aku doakan dia dpt jodoh yg baik, dan terus maju dlm kerjayanya. amin.
itu lah dia ustazah Noorul Hidayah...

ADIK IPAR

satu-satunya adik ipar yg aku ada. Mohd Nazri a.k.a mamat. ye lar, aku kan anak bongsu..
hubby aku pun cuma ada sorang abang dan sorang adik je..
Han's suka panggil pokcu dia (cu tek) papa dia yg ajar la ni.. apa makna cu tek?
tett.....
tanya dia sendri lar...
layannnn.....

farewell apieyz n judy


saja mengimbau kenangan masa farewell judy n apieyz.
setahun lebih sudaa...
jap aku carik foto mereka .
yg sebelah kanan ni bestfriend aku - Idarohayani
a.k.a Apieyz / Ude.
la ni dia dah jadi asst. officer kastam diraja m'sia.
yg sebelah kiri Judy Kullan -org S'wak. la ni aku pun tak pasti apa nama company baru tmpt dia keje after Venture. dah kawin, bila lagi nak timang anak?




bestfriend aku

nak kenal dgn best friend aku kat ofis?
mana ek foto dia? jap aku carik...
foto 2tahun lepas ada kot...
yg pakai tudung putih dan ada anak 2 tu lar org nya- kak linda.
kepoh macam aku. (sekepala) tapi kadang2 dia ni xbest juga...bila susah carik aku dulu tapi bila senang,, aku last yg tahu.. (kadang2 lar)
hua...hua..hua... jgn marah N kak linda ..
yg pakai baju hijau (sebelah aku) itu lar boss kecik. masa tu tgh raya rumah dia lar.. (2 thn lps). sori boss kecik sbb terpaksa tinggalkan PO customer yg belum sempat habis di 'key-in'
oleh aku. hehehe...
yg besar tu (eh apesal smua org pakai baju kaler hijau, kecuali aku?)
dulik lar.. yg penting aku paling cun masa tu. (sbb Han's papa dia take care)

retired jadi chairman


just nak share..

arini aku tgk bestfriend aku sibuk email sana email sini..

sbb dia bz handle keje yg selama ni aku handle.

nak tau apa?

dorang nak buat party utk farewell aku.

uwaa... sedey..

ye lar 22.07.08 ni aku last day kat CPSB.

hem.. nyway dapat makan free..

dah lama tak makan ramai2 mcm ni.

since apieyz n judy benti,kan?

pepun... aku syukur sbb dpt kwn2 yg sekepala

(tapi kadang2 smuanya kepala angin)

hahahaa... yg penting mesra alam..

siap ada tema purple lagik...

wah.. mana nak cekau baju purple ni?

satu2nya baju kurung purple yg aku ada ialah baju raya tahun lepas :p

Sunday, July 13, 2008

my dearest son, (part 3)


Moga Allah lindungi anakku, amin...

esoknya alhamdulillah tenagaku sudah pulih kembali..

anakku ditempatkan disebalah katilku..

lega rasa hati dapat menatap anakku setiap masa...

tapi... aku demam...

3 hari aku ditahan dlm wad. perit jerihnya aku menjaga diri yg

baru melahirkan dan berjaga malam menemani anakku ini..

aku redha. hari ke4, suhu badanku kembali normal.

aku dah baik demam.. anakku pula suspek jaundis..

esok aku kena refer klinik AT5...

ya Allah, kasihan anakku ini..

alhamdulillah, berbagai petua aku buat kat anakku..

minum susu kambing lar dll (aku x ingat)

nyway, doktor & nurse kata, susu ibu penawar segalanya...

mujur susu ku terlalu banyak.. cukup untuk menampung

keperluan bayiku ini...
(see picture - Han's umur 5 weeks, lain kan?)

Thursday, July 10, 2008

my hero - Han's (part 2)

Alhamdulillah..
dgn saki baki tenaga yg ada dan bantuan vacum doktor salamah
aku berjaya mengharungi cabaran bersalin ini. amin.
ku lihat jam dinding yg setia menemaniku sejak jam 1 pagi...
ya Allah, pukul 3.00 ptg? mcm tak percaya 14 jam aku bertarung dlm
bilik bersalin ini.
selesai bayiku dimandikan, nurse membawa anakku pergi kepada papa
dan neneknya yg setia menanti di luar bilik bersalin...
kesian suamiku tak dapat menemani aku semasa proses bersalin.
kata nurse, ini prosedur. kalau aku bersalin tanpa doktor, mereka izinkan
suami menemaniku.. ini tidak, 2 doktor dan 5 orang nurse termasuk bidan
sibuk menguruskan aku sepanjang masa nak bersalin..
semua dah cakap, kesian hasniza lama dlm bilik ni ya...
thank's 4 all nurse & doctor sbb sabar melayan aku.
uhuk's...
then, saatnya aku kena jahit.. ya Allah lebih sakit dari bersalin pulak.
apa pun aku tahan jua. aku harus bertahan demi anak ku yg comel itu.
aku dan babyku disorong ke wad. di sana mak dan suami sedia menanti.
namun aku terlalu lemah. seluruh tenagaku habis.. aku mamai dgn ubat bius
yg masih tersisa mungkin.
sayup2 kudengar suamiku mengalunkan azan di telinga kanan anak kami.
sekejap kemudian, kurasakan satu kucupan mesra dipipiku.
terima kasih, sayang.... terharu aku dgr ucapan itu dari suami tercinta.
aku cuma mengangguk lemah... mak mula menyuakan air dan makanan ke mulutku...
aku minum dan makan perlahan2 then.. uwerkkk... aku muntah.
perut ku sudah terlalu kosong.. since mlm smlm sampai ptg tu aku tak jamah apa2.
badanku terlalu lemah dan perutku masuk angin. yg aku rasakan cuma nak tidur.
aku tak boleh bergerak.. darah ku keluar dgn byk mlm itu..
mak... abang... aku menjerit dlm hati.. namun mereka dah pulang..
hari dah malam.. bayiku nurse yg jaga sbb aku langsung tak larat nak pegang apa2.
pendarahan aku non-stop.....
sekali lagi aku dikejarkan ke bilik bersalin.
mereka check rahimku takut2 ada darah beku or whatever tertinggal kat dalam.
ya Allah, sekali lagi aku diseluk... doktor masukkan camera check dlm rahimku..
aku sempat mengerling kat monitor.. tapi aku takut.. aku pejam mata je.
alhamdulillah doktor kata nothing ada kat dlm tu. insyaallah aku akan pulih.
nurse minta aku sign satu surat untuk proses tambah darah. darah aku byk keluar masa
bersalin tadi.. maybe aku kena masuk darah 2 pine.
selepas lebih kurang 2 jam 1 pine darah dah berjaya masuk dlm badan aku..
then.. kata nurse tu.. ok kita boleh balik wad sbb awak dah boleh tersenyum dan bercakap.
kami masukkan tube utk mudahkan awak buang air kecil. tak payah bangun ok..
mesranya nurse kat HKT ni ya (kata aku dlm hati je).
bayi awak kami jaga utk mlm ni..
kesian anakku..
semalaman aku tak lena tidur sbb asyik dgr suara baby menangis..
mungkin itu suara anakku? mana anakku? dah minum susu ke dia?
aku sedih sgt...

my hero - Han's


nak citer pasal my hero..

Muhammad Nurhan Hakiemy bin Mohammad Nizam
(see pic masa dia baru lps hari, botak sbb baru lps mjlis potong jambul).
since i know i already pregnant.. macam2 alahan yg saya alami. bukan morning sickness but, everytime after take a meal / take a beverage -susu especially... werkkk..werkkk..
muntah. then kena bisul kat ketiak kanan.
i take 2 weeks unpaid leave for that..
sakitnya...
after my 5 month pregnant, kena gatal2 pulak...
habis satu badan merah2.. pegi hospital dapat ubat sapu, dapat sabun berubat... tak leh makan ubat doktor kata.
ubatnya sabar... orang mengandung byk dugaan.
sabar.....
my due date 26.05.2006 but my baby nak tgk dunia awal agaknya..
so he was born on 15.05.2006. hem.. kalau ikut due date, sama b'day dgn papa dia lar...
was born in weigth 3.02kgs.
nak cerita masa saat2 akhir nak bersalinkan Han's..
sadis sikit ni..
since hari sabtu malam ahad (13.05.2006) rasa lain mcm dah perut ni..
sakit.. tapi masih boleh tahan.
14.05.2006 siang tu ok sikit.. boleh makan, tolong mak masak,
ahad mlm isnin .. aduh sakitnya perut ni.. dah tak boleh duduk dah ni..
pukul 11.00 - 12.00 mlm tu saya jalan kehulu kehilir di anjung rumah mak.
sakit perut.. nak beranak ke ni? maklum first baby..
then my hubby n my mom hantar saya ke hospital mlm tu juga.
masuk bilik saringan lebih kurang 12.30 mlm.
masuk bilik bersalin pukul 1.00 pagi...
ya Allah, maha besar kuasamu..
sakitnya rasa nak bersalin...
perutku diikat dgn tali mesin ukur denyut jantung baby..
aku tak dibenarkan bergerak..
nurse check pintu rahimku baru terbuka 5cm..
dia nak tunggu 10cm..
aduh.. sakit sgt ni.. bila baby nak kuar?
aku dgr lps sorang2 baby menangis baru dilahirkan..
masa tu ada 5 org yg saing aku masuk bilik bersalin.. semua dah selamat.
aku?
dari bilik bersalin no 3, aku dipindahkan ke bilik bersalin no1.
jam dah pukul 7.00 pagi..
aku mintak air.. sorang pun tak layan..
pukul 9.00 pagi baru dapat minum air masak. itu pun cuma seteguk utk basahkan tekak.
alhamdulillah..
tgk jam lagi.. pukul 12.30 tgh hari..
lapar + sakit + sedih.
kesian hubby & my mom tunggu kat depan bilik bersalin since last night until now.
bayangkan?
aku dah takde tenaga langsung untuk push baby keluar..
kaki aku diikat ke atas..
mulut ku tak putus menyebut ALLAH..ALLAH..ALLAH...
masa tu baru aku sedar, sebelum masuk bilik bersalin aku lupa nak minta ampun dari hubby. sebab dia gi kaunter pendaftaran... yg temankan aku cuma mak..
bukan aku buat dosa kat hubby tapi.. tiba2 rasa masa tu mcm berdosa sgt...
ye lar.. since 1.00 pagi sampai 1.00 tgh hari aku tak beranak lg...
terus insaf kat Allah.. Allah balas dosa aku ni... aku redha.
dtg sorang nurse, cukur bulu roma kat perut aku. dia kata aku kena hantar HSA utk dibedah.
ya Allah... ampunkan dosaku.
alhamdulillah, datang doktor Salamah.. dia kata dia akan tolong aku. tak payah bedah..
dgn lafaz bismillah, dia guna vacum tolong aku push baby.. 3 kali push..
akhirnya aku berjaya melahirkan zuriatku.
Alhamdulillah... maha suci Allah... terima kasih ya Allah kerana menyelamatkan nyawa kami
berdua.
masa anakku keluar tiada tangisan yg kudengari..
antara dgr dan tidak.. nurse memanggil namaku..
Hasniza.. awak dapat baby boy.. comel...
masa nurse mandikan anakku, baru aku dgr suaranya menangis...
then nurse tunjukkan bayiku yg mugil itu...

tak dapat masuk U


haluu...

nak sambung nape tak sempat masuk 'U'???

takde rezeki, nak buek macam no?

alhamdulillah dapat study kat kolej tu..

nyway, after that saya keje.

buat megurangkan pening kepala mak abah sebab anak dia dok lepak kat rumah,

bila petang merempit kat pekan at5.

huargh...3x. (wlu pun just membonceng je)

keje lar kat Shinwa Technology (M) Sdn Bhd.

from 1999 - 2004 . 5 tahun lama tu beb...

ala.. gambar kat kampung.. next time saya attach foto masa keje kat shinwa ya.

next.. keje kat Chosen Plastic Sdn Bhd (foto dgn kawan2 chosen)

from 2004 - 2008. 4 tahun jugek...

tapi saya dah tender my resign kat bos..

uhuk... itu lar bos, kasik gaji ciput sgt. kan saya dah resign.

org lain 5.30 sharp balik rumah...

saya hari2 stay back buat keje...

alhamdulilah.. rezeki..


actually my hubby yg carikan keje 5 hari seminggu utk saya.

Asmech Technology my next company .. see u there...

post yg menarik dan gaji yang.. hem... boleh tahan.
so, lepas ni banyak masa saya boleh spend dgn my hero - Han's
nak share serba sedikit tentang diri ini sebagai hamba Allah di dunia ini.
saya dilahirkan pada 15 Jun 1980
jam 4.55 petang hari Ahad.
thank's mak sbb berjaya melahirkan saya pada masa itu.
saya anak bongsu dari 9 adik beradik.
my mom's name : Hjh Hasnah bt Hj. Ibrahim
my father's name : Hj Neemat b Hj. Md Yasin
my sibling's name :
1) Azman
2) Kamaruzaman
3) Badruzaman
4) Shahrudzaman (past away in accident at his age 4 - lbh krg la)
5) Noorul Asikin
6) Noorul Huda
7) Fairudzzaman
8) Noorul Hidayah
9) Norhasnizah ( it's me)

why my name takde Noorul??
i'm always asking my mom like that when i was child...
hehehehee... actually my big brother give my name.
Nor (cahaya) Has (my mom name) Ni (my dad name) Zah -my name
Norhasnizah = Cahaya kebijaksanaan.
very meaningfull name at all. thank's abg along :p

i was born in our house - Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.
anak jati felda beb...
1st school : Sekolah Tadika AT5
2nd school: Sekolah Rendah Kebangsaan Air Tawar 5
3rd school : Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
4th school : Kolej Islam Yayasan Pelajaran Johor
hem.. tak sempat masuk 'U' kan?
kenapa? jumpa di lain blog..
tettt......

Andai ku tahu

salam..
nak share satu lirik lagu yg begitu menyentuh hati nurani saya..
andai ku tahu nyanyian dari kumpulan Ungu.
mari nyanyi sama2...

Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai Ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku
Chorus:
Aku takut
Akan semua dosa-dosa ku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku
Mungkin tahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu
Ampuni aku
Dari segala dosa2 ku
Ampuni aku
Menangis minta tobat PadaMu
Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga
Andai Ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat PadaMu

Wednesday, July 9, 2008

Orang kata aku lahir dari perut ibu..



Orang kata aku lahir dari perut ibu..


Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


-Alhamdullah, setakat ni.. apa jua keadaan ku, emak tetap no.1
setakat ini, apa yg aku mampu, aku hadiahkan utk mak..
love u mak...

my dearest son,,



Muhammad Nurhan Hakiemy…



Anakku,…
Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu
Maka mama akan memilih mengandungkanmu…
Kerana dalam mengandungkanmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut mama
Awak ikut kemanapun mama pergi
Awak ikut merasakan ketika jantung mama berdegup kerana kebahagiaan
Awak menendang rahim mama ketika awak merasa tidak nyaman,
kerana mama sedang bersedih dan berjurai air mata…

Anakku,…
Bila mama boleh memilih apakah mama harus operation caeserian, atau mama harus
berjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu hamba Allah memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedashyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat mama rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa mama ceritakan kepada siapapun

Dan ketika awak hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan papamu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah
di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah, atau harus bangun tengah malam
untuk menyusuimu,
Maka mama memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu mama telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan
tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada mama dalam pelukan mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama di pejabat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan mama, awak merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan mama…
Maafkan mama…
Percayalah nak, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah nak…
Awak adalah buah hati pengarang jantung mama…

First day make a blog

  • Halluuu...
  • hari ini aku jalani kehidupan harian seperti biasa...
  • bangun pagi, mandi, solat subuh dan bersiap2 utk pergi kerja.
  • breakfast kat ofis je.. beli bun sambal.
  • han's masih tidur lagi masa aku hantar dia ke taska tadi... lena sungguh dia tidur.
  • malam tadi tidur lewat, belek2 majalah kereta kegemaran dia.
  • semalam hari Hol (Johor shj) aku ambil leave sbb taska han's off.
  • seronok sgt dok umah dgn han's smlm.. hopefully han's pun rasa seronok seharian dgn mama dia... main2 kereta control... :p