Thursday, July 10, 2008

my hero - Han's


nak citer pasal my hero..

Muhammad Nurhan Hakiemy bin Mohammad Nizam
(see pic masa dia baru lps hari, botak sbb baru lps mjlis potong jambul).
since i know i already pregnant.. macam2 alahan yg saya alami. bukan morning sickness but, everytime after take a meal / take a beverage -susu especially... werkkk..werkkk..
muntah. then kena bisul kat ketiak kanan.
i take 2 weeks unpaid leave for that..
sakitnya...
after my 5 month pregnant, kena gatal2 pulak...
habis satu badan merah2.. pegi hospital dapat ubat sapu, dapat sabun berubat... tak leh makan ubat doktor kata.
ubatnya sabar... orang mengandung byk dugaan.
sabar.....
my due date 26.05.2006 but my baby nak tgk dunia awal agaknya..
so he was born on 15.05.2006. hem.. kalau ikut due date, sama b'day dgn papa dia lar...
was born in weigth 3.02kgs.
nak cerita masa saat2 akhir nak bersalinkan Han's..
sadis sikit ni..
since hari sabtu malam ahad (13.05.2006) rasa lain mcm dah perut ni..
sakit.. tapi masih boleh tahan.
14.05.2006 siang tu ok sikit.. boleh makan, tolong mak masak,
ahad mlm isnin .. aduh sakitnya perut ni.. dah tak boleh duduk dah ni..
pukul 11.00 - 12.00 mlm tu saya jalan kehulu kehilir di anjung rumah mak.
sakit perut.. nak beranak ke ni? maklum first baby..
then my hubby n my mom hantar saya ke hospital mlm tu juga.
masuk bilik saringan lebih kurang 12.30 mlm.
masuk bilik bersalin pukul 1.00 pagi...
ya Allah, maha besar kuasamu..
sakitnya rasa nak bersalin...
perutku diikat dgn tali mesin ukur denyut jantung baby..
aku tak dibenarkan bergerak..
nurse check pintu rahimku baru terbuka 5cm..
dia nak tunggu 10cm..
aduh.. sakit sgt ni.. bila baby nak kuar?
aku dgr lps sorang2 baby menangis baru dilahirkan..
masa tu ada 5 org yg saing aku masuk bilik bersalin.. semua dah selamat.
aku?
dari bilik bersalin no 3, aku dipindahkan ke bilik bersalin no1.
jam dah pukul 7.00 pagi..
aku mintak air.. sorang pun tak layan..
pukul 9.00 pagi baru dapat minum air masak. itu pun cuma seteguk utk basahkan tekak.
alhamdulillah..
tgk jam lagi.. pukul 12.30 tgh hari..
lapar + sakit + sedih.
kesian hubby & my mom tunggu kat depan bilik bersalin since last night until now.
bayangkan?
aku dah takde tenaga langsung untuk push baby keluar..
kaki aku diikat ke atas..
mulut ku tak putus menyebut ALLAH..ALLAH..ALLAH...
masa tu baru aku sedar, sebelum masuk bilik bersalin aku lupa nak minta ampun dari hubby. sebab dia gi kaunter pendaftaran... yg temankan aku cuma mak..
bukan aku buat dosa kat hubby tapi.. tiba2 rasa masa tu mcm berdosa sgt...
ye lar.. since 1.00 pagi sampai 1.00 tgh hari aku tak beranak lg...
terus insaf kat Allah.. Allah balas dosa aku ni... aku redha.
dtg sorang nurse, cukur bulu roma kat perut aku. dia kata aku kena hantar HSA utk dibedah.
ya Allah... ampunkan dosaku.
alhamdulillah, datang doktor Salamah.. dia kata dia akan tolong aku. tak payah bedah..
dgn lafaz bismillah, dia guna vacum tolong aku push baby.. 3 kali push..
akhirnya aku berjaya melahirkan zuriatku.
Alhamdulillah... maha suci Allah... terima kasih ya Allah kerana menyelamatkan nyawa kami
berdua.
masa anakku keluar tiada tangisan yg kudengari..
antara dgr dan tidak.. nurse memanggil namaku..
Hasniza.. awak dapat baby boy.. comel...
masa nurse mandikan anakku, baru aku dgr suaranya menangis...
then nurse tunjukkan bayiku yg mugil itu...

1 comment:

NORMILA MUHAMAD said...

Intan, sangat besar dugaan yang kita tanggung semasa melahirkan. Tapi xkan sorang je kot. Tambah-tambah la...hik hik hik.seronok tau ramai-ramai. cuma asik berperang je la kejar sana kejar sini