Thursday, July 10, 2008

my hero - Han's (part 2)

Alhamdulillah..
dgn saki baki tenaga yg ada dan bantuan vacum doktor salamah
aku berjaya mengharungi cabaran bersalin ini. amin.
ku lihat jam dinding yg setia menemaniku sejak jam 1 pagi...
ya Allah, pukul 3.00 ptg? mcm tak percaya 14 jam aku bertarung dlm
bilik bersalin ini.
selesai bayiku dimandikan, nurse membawa anakku pergi kepada papa
dan neneknya yg setia menanti di luar bilik bersalin...
kesian suamiku tak dapat menemani aku semasa proses bersalin.
kata nurse, ini prosedur. kalau aku bersalin tanpa doktor, mereka izinkan
suami menemaniku.. ini tidak, 2 doktor dan 5 orang nurse termasuk bidan
sibuk menguruskan aku sepanjang masa nak bersalin..
semua dah cakap, kesian hasniza lama dlm bilik ni ya...
thank's 4 all nurse & doctor sbb sabar melayan aku.
uhuk's...
then, saatnya aku kena jahit.. ya Allah lebih sakit dari bersalin pulak.
apa pun aku tahan jua. aku harus bertahan demi anak ku yg comel itu.
aku dan babyku disorong ke wad. di sana mak dan suami sedia menanti.
namun aku terlalu lemah. seluruh tenagaku habis.. aku mamai dgn ubat bius
yg masih tersisa mungkin.
sayup2 kudengar suamiku mengalunkan azan di telinga kanan anak kami.
sekejap kemudian, kurasakan satu kucupan mesra dipipiku.
terima kasih, sayang.... terharu aku dgr ucapan itu dari suami tercinta.
aku cuma mengangguk lemah... mak mula menyuakan air dan makanan ke mulutku...
aku minum dan makan perlahan2 then.. uwerkkk... aku muntah.
perut ku sudah terlalu kosong.. since mlm smlm sampai ptg tu aku tak jamah apa2.
badanku terlalu lemah dan perutku masuk angin. yg aku rasakan cuma nak tidur.
aku tak boleh bergerak.. darah ku keluar dgn byk mlm itu..
mak... abang... aku menjerit dlm hati.. namun mereka dah pulang..
hari dah malam.. bayiku nurse yg jaga sbb aku langsung tak larat nak pegang apa2.
pendarahan aku non-stop.....
sekali lagi aku dikejarkan ke bilik bersalin.
mereka check rahimku takut2 ada darah beku or whatever tertinggal kat dalam.
ya Allah, sekali lagi aku diseluk... doktor masukkan camera check dlm rahimku..
aku sempat mengerling kat monitor.. tapi aku takut.. aku pejam mata je.
alhamdulillah doktor kata nothing ada kat dlm tu. insyaallah aku akan pulih.
nurse minta aku sign satu surat untuk proses tambah darah. darah aku byk keluar masa
bersalin tadi.. maybe aku kena masuk darah 2 pine.
selepas lebih kurang 2 jam 1 pine darah dah berjaya masuk dlm badan aku..
then.. kata nurse tu.. ok kita boleh balik wad sbb awak dah boleh tersenyum dan bercakap.
kami masukkan tube utk mudahkan awak buang air kecil. tak payah bangun ok..
mesranya nurse kat HKT ni ya (kata aku dlm hati je).
bayi awak kami jaga utk mlm ni..
kesian anakku..
semalaman aku tak lena tidur sbb asyik dgr suara baby menangis..
mungkin itu suara anakku? mana anakku? dah minum susu ke dia?
aku sedih sgt...

No comments: