Wednesday, July 9, 2008

my dearest son,,



Muhammad Nurhan Hakiemy…



Anakku,…
Bila mama boleh memilih
Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu
Maka mama akan memilih mengandungkanmu…
Kerana dalam mengandungkanmu mama merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut mama
Awak ikut kemanapun mama pergi
Awak ikut merasakan ketika jantung mama berdegup kerana kebahagiaan
Awak menendang rahim mama ketika awak merasa tidak nyaman,
kerana mama sedang bersedih dan berjurai air mata…

Anakku,…
Bila mama boleh memilih apakah mama harus operation caeserian, atau mama harus
berjuang melahirkanmu
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu hamba Allah memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedashyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat mama rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa mama ceritakan kepada siapapun

Dan ketika awak hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan papamu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah
di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila mama boleh memilih apakah mama berdada indah, atau harus bangun tengah malam
untuk menyusuimu,
Maka mama memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu mama telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan
tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada mama dalam pelukan mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila mama boleh memilih duduk berlama-lama di pejabat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan mama, awak merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan mama…
Maafkan mama…
Percayalah nak, mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah nak…
Awak adalah buah hati pengarang jantung mama…

No comments: